Sabtu, 7 Februari 2015

Kayuhan Yang Dikekang

Lama betul aku tak berbasikal sejak XYL bersalin... geng kejiranan dah ajak kayuh sama-sama tapi banyak pulak kekangan yang aku dapat.... nanti aku lapang kita layan bukit bawang ya geng hehehe....73

menurunkan tiang antenna 10 kaki

Petang semalam aku dibantu XYL telah menurunkan tiang antenna base sebanyak 10 kaki kerana keadaan cuaca sekarang berangin kuat.... tindakan menurunkan sedikit ketinggian antenna tu bagi mengambil langkah berjaga-jaga sebab takut antenna tumbang menghempap rumah jiran hehehehe.. tiang 10 kaki tu aku nak bagi kat salt mind aku untuk kegunaan kejohanan balapan dan padang atau apa-apa acara besar.... nanti minta 9W2BNT belikan antennanya.... bukan apa, telekomunikasi akan mudah dan melancarkan lagi perjalanan program....73



Sabtu, 18 Oktober 2014

9M4SJY JOTA STATION, KULIM, KEDAH 2014

Settup by:  Radio Amatur Komuniti Kulim









Sabtu, 28 Jun 2014

SELAMAT BERPUASA 2014

Selamat Berpuasa dan Menyambut Bulan Ramadhan 2014 kepada semua

Isnin, 24 Februari 2014

RUNNER LATIHAN MERENTAS DESA SK SUNGAI KOB 2014

Pada 19 Ferbruari  2014, SK Sungai kob telah mengadakan latihan merentas desa. Aku dan beberapa orang guru telah dilantik menjdi runner berbasikal dalam aktiviti tersebut



Ahad, 16 Februari 2014

RUNNER EXPLORE RACE KEM KEPEMIMPINAN SK SUNGAI KOB 2014

Pada 14 Februari 2014~15 Februari 2014, Badan Pengawas, Badan Disiplin dan Kelab Olahraga SK Sungai Kob telah menganjur Kem Kepemimpinan SK Sungai Kob 2014. Jadi bermalamlah aku di sekolah untuk menjayakan kem tersebut kerana aku dilantik menjadi Kem Komanden. Walaupun tak dapat menyambut hari lahir harmonik aku ( Ahmad Faris Afiq bin Ahmad Farhan, 14 Februari ( 5 tahun ) & Dhia Izz Zayani Syarafana binti Ahmad Farhan 13 Februari ( 2 tahun ) ) aku gagahkan juga diri ini hihi.... Selamat Hari Lahir anak-anakku....hari pertama berjalan seperti biasa dengan tautan kasih yang dibawa oleh Ustaz Anuar Shahrir bin Ahmad Sannusi ( 9W2BNT ), slot ceramah, LDK yang disampaikan oleh Ustaz Fahmiddin bin Yazzan, Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Pengarah kem ini Ustaz Mohd Yusni bin Othman ( SWL YSS ).

Keesokkan harinya aku amek slot Muhasabah Diri selepas tayangan video kempimpinan. selepas senaman dan sarapan pagi, explore race diadakan, atas nasihat 9W2BNT kami membawa basikal untuk melancarkan lagi aktiviti tersebut kerana kawasan sekolah kami agak luas dan aktiviti tersebut banyak tempat yang digunakan untuk keselesaan urusetia dan peserta, oh ya lupa bagi tau, kami dibantu oleg fasilitator yang terdiri daripada bekas murid sekolah kami yang terdiri daripada tingkatan 3, tingkatan 4, tingkatan 5 dan ada yang sedang menduduki peperiksaan STAM..Alhamdulillah mereka membantu kami menjalankan dan melancarkan perjalanan semua aktiviti, terima kasih... walaupun letih tapi kami seronok dan puas...hihi...73...

Berposing sebelum menjalankan tugas

Usaha tangga kejayaan

ada juga yang tak tercapai

membawa tisu

penerangan daripada fasilitator

berhati-hati membawa tisu

paip pecah

perbincangan dalam kumpulan

mencari jalan untuk menyambung batang paip

memerlukan kepantasan

membuat tiga segi dari tali mengikut jumlah ahli kumpulan

peserta membuat perbincangan

menara belon

kelihatan 9W2BNT

rehat jap....

bina perjataan dari pen

30 perkataan 1 minit

LDK...

LDK lagi...

tamat tugasan..

basikalku bersama basikal 9W2BNT hihi...