Ahad, 12 Januari 2014

XPDC Wind Dragon Village

Pagi tadi bermula di laman rumah mertua aku di Padang Serai pukul 8.00 pagi aku mulakan XPDC yang aku anjurkan untuk diri aku sendiri. Kayuhan yang agak santai kerana masa tidak dihadkan, so aku boleh kayuh seberapa lama yang aku suka hihi... sepanjang kayuhan berseorangan ini ada jugak rider yang berkayuh secara berkumpulan namun aku tak boleh join sebab dorang bawak punyalah laju...pro lah katakan,, aku yang amatur ni kayuhlah perlahan-lahan mengikut kemampuan diri.Trek ini totaly road, tak masuk offroad, bermula dari rumah mertua aku di Kampung Naga Lilit ke Batu 8 Lunas pastu masuk ke jalan Sungai Seluang dan ke Lebuhraya Kulim Baling Sik dan masuk ke Kampung Bukit Sarang Ayam dan penamat di rumah mertua aku kembali. Trek ini aku rasa tak berapa sesuai untuk aku sebab kenderaan berat banyak sangat menggunakan jalan ini dan ada yang tidak mahu mengelak sedikit untuk memberi laluan kepada aku yang berkenderaan ringan ini dan ada yang menekan hon lagi huhuhu.... Lebih kurang sejam lebih aku telah menghabiskan kayuhan ku...Walaupun kayuhan aku jarak yang pendek tapi aku amat berpuas hati hari ni....73

Berehat seketika di Masjid Sungai Seluang

Kulim Baling Sik HighWay

Jalan masuk ke Kg Bukit Sarang Ayam

5 KM/j je tau

Masa yang diambil sepanjang XPDC

Jarak XPDC

Purata kelajuan

Kelajuan terpantas

kalori yang hilang

Add caption

Add caption

Penamat yang disambut oleh harmonic

Tiada ulasan:

Catat Ulasan