Ahad, 16 Februari 2014

RUNNER EXPLORE RACE KEM KEPEMIMPINAN SK SUNGAI KOB 2014

Pada 14 Februari 2014~15 Februari 2014, Badan Pengawas, Badan Disiplin dan Kelab Olahraga SK Sungai Kob telah menganjur Kem Kepemimpinan SK Sungai Kob 2014. Jadi bermalamlah aku di sekolah untuk menjayakan kem tersebut kerana aku dilantik menjadi Kem Komanden. Walaupun tak dapat menyambut hari lahir harmonik aku ( Ahmad Faris Afiq bin Ahmad Farhan, 14 Februari ( 5 tahun ) & Dhia Izz Zayani Syarafana binti Ahmad Farhan 13 Februari ( 2 tahun ) ) aku gagahkan juga diri ini hihi.... Selamat Hari Lahir anak-anakku....hari pertama berjalan seperti biasa dengan tautan kasih yang dibawa oleh Ustaz Anuar Shahrir bin Ahmad Sannusi ( 9W2BNT ), slot ceramah, LDK yang disampaikan oleh Ustaz Fahmiddin bin Yazzan, Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Pengarah kem ini Ustaz Mohd Yusni bin Othman ( SWL YSS ).

Keesokkan harinya aku amek slot Muhasabah Diri selepas tayangan video kempimpinan. selepas senaman dan sarapan pagi, explore race diadakan, atas nasihat 9W2BNT kami membawa basikal untuk melancarkan lagi aktiviti tersebut kerana kawasan sekolah kami agak luas dan aktiviti tersebut banyak tempat yang digunakan untuk keselesaan urusetia dan peserta, oh ya lupa bagi tau, kami dibantu oleg fasilitator yang terdiri daripada bekas murid sekolah kami yang terdiri daripada tingkatan 3, tingkatan 4, tingkatan 5 dan ada yang sedang menduduki peperiksaan STAM..Alhamdulillah mereka membantu kami menjalankan dan melancarkan perjalanan semua aktiviti, terima kasih... walaupun letih tapi kami seronok dan puas...hihi...73...

Berposing sebelum menjalankan tugas

Usaha tangga kejayaan

ada juga yang tak tercapai

membawa tisu

penerangan daripada fasilitator

berhati-hati membawa tisu

paip pecah

perbincangan dalam kumpulan

mencari jalan untuk menyambung batang paip

memerlukan kepantasan

membuat tiga segi dari tali mengikut jumlah ahli kumpulan

peserta membuat perbincangan

menara belon

kelihatan 9W2BNT

rehat jap....

bina perjataan dari pen

30 perkataan 1 minit

LDK...

LDK lagi...

tamat tugasan..

basikalku bersama basikal 9W2BNT hihi...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan