Isnin, 2 Disember 2013

RADIO AMATUR

Alhamdulillah aku telah lulus Radio Amatuer Examination (RAE) pada tahun 2011anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau (MCMC) dan  sehinga kini masih bergiat dalam mengendalikan radio amatur. Callsign yang diluluskan untuk aku ialah 9W2FLK. Dengan sekali menduduki peperiksaan bersama-sama 9W2BNT dan 9W2ZMV kami lulus ujian tersebut.Seronok lah sepanjang aku ceburkan diri dalam radio amatur ni kerana banyak faedahnya. Lagi-lagi macam aku ni sesekali akan travel balik ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan dari Sungai Petani dan transit ke Kuala Lumpur dan terus ke Johor Bahru, bolehlah hobi ni menjadi peneman aku sepanjang pemanduan, bolehlah hilangkan ngantuk. Kalau terjadi apa-apa kecemasan, rakan-rakan sehobi dengan aku sedia menghulurkan bantuan (bukan kita minta perkara buruk berlaku tapi kalau travel macam-macam andaian boleh berlaku kan ). sepanjang aku travel dah berjabat tangan di daratan dengan ramai rakan. Terima kasih ASTRA kerana sentiasa memperbaiki dan memudahkan sistem komunikasi... Setiap pagi apabila memandu seawal 6.30 pagi hobi ni lah menemani aku sepanjang pemanduan dengan berbual-bual dengan rakan-rakan yang ada di frikuensi. Kadang-kadang hobi ini menjadi sukarelawan jugak, contohnya sekiranya berlaku bencana alam yang mengakibatkan bekalan elektrik dan sistem komunikasi terputus maka radio amturlah yang akan menjadi stesyen komunikasi untuk meminta bantuan dan berhubung dengan pasukan penyelamat.Hobi ini juga mengeratkan Silaturrahim sesama rakan sehobi walaupun kadang-kadang kami tidak pernah langsung bertemu muka. Inilah yang specialnya hobi ni. Kalau rakan-rakan nampak di kereta atau di rumah atau berjalan sambil membimbit walky talky atau handy talky, itulah kami hehehe... Inilah sedikit pengenalan kenapa aku pilih hobi ni. Kepada mana-mana rakan yang belum mengambil lesen dan berminat ngan hobi ni bolehlah ambil RAE secepat mungkin. Di bawah ni kenangan sepanjang hobi ni. 73.

Logo ASTRA

Namaku berserta Callsign

9W2BNA, 9W2LLZ & 9W2ADB

9W2WP

9W2BNT dan rakan memerhatikan 9W2WP memasang antena Loop untuk JOTA 2012

9W2FLK bersama harmonic sulungnya hehe

Jalophy tinggal kenangan 9W2FLK dan jalophy ada lagi 9W2BNT

Jalophy baru 9W2FLK di Kem Singkir

9W2DGW dan 9W2FLV memasang antena di base station aku

1 ulasan: